Search This Blog

Friday 6 May 2011

Ada lagi...

Saje menjenguk...Aku akan semakin kuat selepas ini...girl is always girl!

Thursday 5 May 2011

Choose your life..

Langit yang kurasakan cerah dan berwarna warni diselaputi pelangi, kini sudah gelap gelita bagai tiada penghujung...mungkin si dia sudah menjumpai insan yang selama ini dia cari...n mungkin juga perjalananku ini akan berakhir di sini...mungkin sudah tiada koma, tanda seru dan tanda tanya..yang ku nampak sekrang ini hanyalah titik noktah yang tiada ragu lagi...mungkin dia akan lebih sihat+ceria+gembira jika tiada lagi kehadiran aku dalam kamus hidupnya...tetapi...aku tetap akan menjadi seperti aku, melalui hidup ini yang tiada serinya lagi..yang tiada warna warni nya lagi...mungkin ini adalah berita gembiranya, tetapi bagi aku...aku laluinya sekali lagi...ye, aku kadnag2 terlupa siapa diriku ini...terlupa asal usul ku..terlupa yang aku langsung tidak sepadan dengannya, bagai pungguk rindukan bulan...aku pernah berkata pada diri ini, 'sudah la ayie sudah!!! WHo are u mann!!! Ko sedar la skettt diri ko tu..!! ko pegi tengok cermin, then ko tngok gambar dia!! pastu ko nilai sendiri!!! Ye! baik mana pun hati ko, jujur mana pun ko, kalau bukan hak ko, ko try la mcm mana pun, ko buat la macm mana pun, dia takkan jadi milik ko ayie!!! TAKKANNNN!!!!

hm..mungkin ini lah nukilan aku yang terkakhir...biarlah ia terkubur bersama memori yang tak seberapa ini..walaupun sekejap, syukur padanya kerana memberi aku peluang merasai ape itu bahagia, ape itu kegembiraan dan ape itu rindu yang aku sudah lupe selama ini...hanya satu yang aku pinta padamu ya Allah, Engkau berikanlah kegembiraan dah kekuatan kepadanya menempuhi hidupnya..amin...

Wednesday 4 May 2011

Pelangi Yang Menghilang...

hm...aku dapat merasakannya..dia seperti akan hilang dalam terang...adakah mungkin salah aku? mungkin cara hidupku langsung tak sama dengannya? mungkin bnyak perkara yang menyebabkan keserasian itu tidak wujud?atau mungkin telah ditetapkan oleh Ilahi bahawa dirinya bukan milikku? Kadang kala kita manusia terlalu banyak menyoal, tetapi tidak banyak menjawab persoalan yang sering kita timbulkan...hmm...mungkin diriku ini hanya pembawa malang pada dirinya, mungkin diriku ini hanya menambah derita dihatinya..fuhhhh...kadangkala kumerasakan sangt berat untuk ku menghadapinya..tetapi aku merasakan bahawa aku akan melaluinya sekali lagi..apa yang patut aku lakukan sekarang? adakah aku perlu menyerahkan segalanya kepada Tuhan yang maha esa...blurrr~

Tuesday 3 May 2011

Kebaikan & Keburukan Cemburu...~~

Advantages!
Menggalakkan seseorang individu utk berfikiran POSITIF.
- Dengan adanya sikap cemburu, maka kita akan lebih berfikiran positif. Kita akan mula menganalisis segala kelemahan & kekuatan diri utk berjaya spt org lain. 
Dapat menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang.
- Dengan adanya perasaan cemburu dalam diri seseorang maka ia akan dapat menunjukkan rasa kasih sayang  individu terbabit. Contohnya dalam sesebuah perhubungan yang tidak berlandaskan apa-apa, perasaan cemburu yang hadir dalam diri individu itu, akan menyedarkannya tentang rasa hati yang sebenar. 

Dapat memelihara kerukunan sesebuah perhubungan.
- Cemburu juga penting dalam sesebuah perhubungan. Contohnya dalam sesebuah hubungan perkahwinan yang mana cemburu itu perlu dimiliki oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga demi menjamin keharmonian rumahtangga. Hal ini kerana keharmonian merupakan suatu anugerah yang tidak boleh dinilai dengan harga.Jadi dengan adanya cemburu dalam kita hidup berumahtangga nih secara tak langsung ia dapat memelihara kerukunan rumahtangga daripada sebarang cacat cela.
Disadvantages!

Merosakkan sesebuah perhubungan yang sedia terbina.
- Cemburu yg melampau vs cemburu buta boleh menjejaskan sesebuah perhubungan. Contohnya dalam rumahtangga, sekiranya si isteri atau suami memiliki sifat cemburu yang terlampau ini, maka secara tak langsung ia akan menjejaskan hubungan perkahwinan mereka, sehingga menyebabkan perang dingin dlm rumah tangga, perceraian etc. Perkahwinan sekali seumur hidup kan, takde siapa yang nak ia berlaku berkali-kali dalam hidup. Andai ikatan itu terputus, disebabkan cemburu buta kita jugak yang merana.

Sahabat syaitan. 
- Seseorang yang terlalu cemburu, merupakan individu yang disukai oleh syaitan. Sebab apa? Sebabnya apabila dia terlampau cemburu, dia tidak boleh berfikir dengan baik dan waras. Ketika ini mereka lebih senang bersahabat dengan syaitan, yang mana mereka mudah dihasut oleh oleh syaitan dan mudah terdorong melakukan sesuatu yang tak masuk akal.Contohnya dalam perniagaan, seseorang yang kuat cemburu terhadap rakan perniagaannya dan tidak senang dengan kesenangan dan kejayaan yang dimiliki oleh individu itu berkemungkinan untuk mengkhianati rakannya itu.
...sekadar renungan......

Sebenarnya bukan semua cemburu itu tidak baik. Ada cemburu yang baik dan terpuji malah disukai Allah. Nabi s.a.w. ada bersabda: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.” (Riwayat Abu Daud)

Cemburu yang tiada lagi asas untuk ragu dan sangsi inilah yang dikatakan cemburu buta. Sebaliknya cemburu yang baik itu ada asasnya dan disusuli dengan usul periksa. Justeru cemburu yang baik itu harus dipandu oleh akal, bukan dengan emosi semata-mata.


 

Kenape Aku Jadi Macm ni...

Askum n selamat pagi...pagi2 lagi dah hujan..lepas kena hujan, terus rasa tak sihat n rasa mcm nak demam pun ade..haizzz..Kena roti telur sekeping, kopi segelas, terus aku duduk di tepi tangga sambil menyedup asap yang membahayakan nyawa aku sendiri tu..aku dalam proses untuk berhenti daripada merokok...harap2 aku berjaya..Perasaan cemburu...adakah perasaan tu baik atau tak baik...aku yakin bahawa perasaan cemburu ni ada baik dan buruknye..haish..aku sayangkan dia..hanya tuhan saje yang tahu...aku sentiasa nak dia gembira, sihat dan tak runsing2 memikirkan masalah..tapi kadang2 aku tak leh menipu diri aku yang aku memang cemburu bila ada lelaki  yang cuba mendekati dia...aku tidak thu kenape perasaan itu wujud, tapi aku risau sgt kalau ade bnda yang buruk berlaku pada dirinya..ya allah ya tuhanku..engkau lindungi lah dia dari malapetakamu ya allah..amin..

Monday 2 May 2011

Lemaunyeee Nak Start Keje~~~

Ni la padahnye kalau cuti lama2..nak start balik keje dah mcm ayam berak kapur dah...haizzz..keje betimbun2 atas meja, tak tahu mana nak wat dulu..kalau la dapat power wizard ke, nenek kebayan ke, kan ke best..hehehehe..owh, becakap pasal nenek kebayan, ape la nenek kebayan ku sedang buat skunk ni kan..heheh.. dlaam sibuk2 ni, kadang2 wajahnya berlari2 di depan mata ku, bila ku kelip, rupanya itu adalah angin rindu yang menerjah..Asam garam kehidupan, ada kalanye hari benar2 cerah dan bersinar2, kadangkala langit hitam bak sangka kala yang datang, kadang2, ia mendung bagai menyimpan gempita, tetapi ia berlalu menggantikan langit biru yang terbentang luas..haiz...mengeluh lagi..itu je la yang aku tau kebelakangan ini..dah nak dekat lunch time ni, tapi keje tak abeh2 lagi, nak makan ape eh hari ni? tapi mcm tak lapar, tapi kalau tak makan takut lapar lak tengah2 hari kang..hm aku tapau mee goreng atau bihun goreng je la..

1 mei hari tu, sorang lagi kawan baik aku dah betunang, haikal namanye, dalam banyak2 member2, Haikal ni la paling respek, dengan kematangan dia, bak kata org leh jadi leader la..tapi tak dapat pegi majlis pertunangan dia sebb masa tu aku ngan boy balik kampung, hmm, to Haikal, kitaorg semua doakan ko bahagia sampai anak cucu..to fatihah @ tihah, ko jaga haikal elok2.hehehe..antara banyak2 couple masa kat diploma dulu, Diorg ni la antara salah satu couple yang berjaya sehingga ke jinjang pertunangan...Congrats bro..

to my little sakura, thanks sbb letak gambar naruto kat belah kiri, hehehe, leh tak letak gadjet gambar sakura lak kat belah kanan? atas ke bawah ke? hehehe...sesekali aku jeling kat printer sebelah ni...kosong jew arini..dia bz sket, tapi takpe..aku tetap akan menunggu.... :)

I,m Back!!!!

Huahuauahuahuahua..assalamualaikum n selamat pagi kepada semua isi bumi ini!!!! Setelah 3 hari aku balik ke kampung kediamanku, kini aku kembali berkhidmat untuk menyumbang sedikit sebanyak ekonomi negara ini..huahuahuahua..banyak benda rasanye nak cerita ni..tapi mana yang melintas di fikiran aku, itulah yang akan aku madahkan di sini..Lepas gak rindu aku kat mama n abah tersayang, senyuman and kegembiraan diorglah yang menjdi pengubat jiwa yang lara ini..diorg tak penah harapkan ape2 dari anak lelaki tunggal diorg sorang ni, cuma kesihatan, dah kegembiraan yang tak dpat dibeli ngan duit itulah yang dicari...~~ Dikala aku menongkah arus di atas lebuhraya utara selatan yang dibina sekitar tahun 80 an itu, tiba2 hujan renyai turun tanpa amaran, terus ingatanku tertumpu pada seraut wajah yang berada di dompetku....senyuman nya, keayuan wajahnya, seakan2 mengerti suasana damai malam itu...

Sesampai aku di hentian Sg perak, Aku terus mengambil selekoh untuk ke hentian kerana boy kata dia nak cucuk duit, lagipun aku pun dh lenguh2 drive dari tapah..so aku turun dulu untuk mengendurkan segala urat2 yang tegang, di lapangan tempat letak kereta, beratus2 motosikal mini terparking di situ, mcm2 warna dan gelagat yang dapat disaksikna..hhehe, tiba2 tingat kat Awek aku yang pegi meninggalkan aku 3 minggu lepas..Aku harap dia sihat menempuh hari tuanya..owh WLX7742..

Tepat pukul 12.30, sampai gak aku kat rumah usang milik keluargaku...rupa2nya semua tak tidor lgi menunggu kepulangan putera Naruto ni balik..huahuahua..sampai je kat muka pintu, aku terus diserbu oleh Asyhraf, anak sedara kesayangnku itu..bukan aku yang diterpanya, tetapi mainnan yang aku belikan untuknya tu.cehhhh!!!!...Padan muka aku..huahuahua..setelah selesai makan minum and bersembang2, aku pun terus melabuhkan kepalaku di katil kesayanganku berserta kain bucuk aku  yang sudah 25 tahun menemani aku..hihihi..sebelum telelap mata aku ni, sempat lagi aku doakan tentang seseorg yang bermain2 di hati ini.. :)