Search This Blog

Friday 6 May 2011

Ada lagi...

Saje menjenguk...Aku akan semakin kuat selepas ini...girl is always girl!

Thursday 5 May 2011

Choose your life..

Langit yang kurasakan cerah dan berwarna warni diselaputi pelangi, kini sudah gelap gelita bagai tiada penghujung...mungkin si dia sudah menjumpai insan yang selama ini dia cari...n mungkin juga perjalananku ini akan berakhir di sini...mungkin sudah tiada koma, tanda seru dan tanda tanya..yang ku nampak sekrang ini hanyalah titik noktah yang tiada ragu lagi...mungkin dia akan lebih sihat+ceria+gembira jika tiada lagi kehadiran aku dalam kamus hidupnya...tetapi...aku tetap akan menjadi seperti aku, melalui hidup ini yang tiada serinya lagi..yang tiada warna warni nya lagi...mungkin ini adalah berita gembiranya, tetapi bagi aku...aku laluinya sekali lagi...ye, aku kadnag2 terlupa siapa diriku ini...terlupa asal usul ku..terlupa yang aku langsung tidak sepadan dengannya, bagai pungguk rindukan bulan...aku pernah berkata pada diri ini, 'sudah la ayie sudah!!! WHo are u mann!!! Ko sedar la skettt diri ko tu..!! ko pegi tengok cermin, then ko tngok gambar dia!! pastu ko nilai sendiri!!! Ye! baik mana pun hati ko, jujur mana pun ko, kalau bukan hak ko, ko try la mcm mana pun, ko buat la macm mana pun, dia takkan jadi milik ko ayie!!! TAKKANNNN!!!!

hm..mungkin ini lah nukilan aku yang terkakhir...biarlah ia terkubur bersama memori yang tak seberapa ini..walaupun sekejap, syukur padanya kerana memberi aku peluang merasai ape itu bahagia, ape itu kegembiraan dan ape itu rindu yang aku sudah lupe selama ini...hanya satu yang aku pinta padamu ya Allah, Engkau berikanlah kegembiraan dah kekuatan kepadanya menempuhi hidupnya..amin...

Wednesday 4 May 2011

Pelangi Yang Menghilang...

hm...aku dapat merasakannya..dia seperti akan hilang dalam terang...adakah mungkin salah aku? mungkin cara hidupku langsung tak sama dengannya? mungkin bnyak perkara yang menyebabkan keserasian itu tidak wujud?atau mungkin telah ditetapkan oleh Ilahi bahawa dirinya bukan milikku? Kadang kala kita manusia terlalu banyak menyoal, tetapi tidak banyak menjawab persoalan yang sering kita timbulkan...hmm...mungkin diriku ini hanya pembawa malang pada dirinya, mungkin diriku ini hanya menambah derita dihatinya..fuhhhh...kadangkala kumerasakan sangt berat untuk ku menghadapinya..tetapi aku merasakan bahawa aku akan melaluinya sekali lagi..apa yang patut aku lakukan sekarang? adakah aku perlu menyerahkan segalanya kepada Tuhan yang maha esa...blurrr~

Tuesday 3 May 2011

Kebaikan & Keburukan Cemburu...~~

Advantages!
Menggalakkan seseorang individu utk berfikiran POSITIF.
- Dengan adanya sikap cemburu, maka kita akan lebih berfikiran positif. Kita akan mula menganalisis segala kelemahan & kekuatan diri utk berjaya spt org lain. 
Dapat menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang.
- Dengan adanya perasaan cemburu dalam diri seseorang maka ia akan dapat menunjukkan rasa kasih sayang  individu terbabit. Contohnya dalam sesebuah perhubungan yang tidak berlandaskan apa-apa, perasaan cemburu yang hadir dalam diri individu itu, akan menyedarkannya tentang rasa hati yang sebenar. 

Dapat memelihara kerukunan sesebuah perhubungan.
- Cemburu juga penting dalam sesebuah perhubungan. Contohnya dalam sesebuah hubungan perkahwinan yang mana cemburu itu perlu dimiliki oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga demi menjamin keharmonian rumahtangga. Hal ini kerana keharmonian merupakan suatu anugerah yang tidak boleh dinilai dengan harga.Jadi dengan adanya cemburu dalam kita hidup berumahtangga nih secara tak langsung ia dapat memelihara kerukunan rumahtangga daripada sebarang cacat cela.
Disadvantages!

Merosakkan sesebuah perhubungan yang sedia terbina.
- Cemburu yg melampau vs cemburu buta boleh menjejaskan sesebuah perhubungan. Contohnya dalam rumahtangga, sekiranya si isteri atau suami memiliki sifat cemburu yang terlampau ini, maka secara tak langsung ia akan menjejaskan hubungan perkahwinan mereka, sehingga menyebabkan perang dingin dlm rumah tangga, perceraian etc. Perkahwinan sekali seumur hidup kan, takde siapa yang nak ia berlaku berkali-kali dalam hidup. Andai ikatan itu terputus, disebabkan cemburu buta kita jugak yang merana.

Sahabat syaitan. 
- Seseorang yang terlalu cemburu, merupakan individu yang disukai oleh syaitan. Sebab apa? Sebabnya apabila dia terlampau cemburu, dia tidak boleh berfikir dengan baik dan waras. Ketika ini mereka lebih senang bersahabat dengan syaitan, yang mana mereka mudah dihasut oleh oleh syaitan dan mudah terdorong melakukan sesuatu yang tak masuk akal.Contohnya dalam perniagaan, seseorang yang kuat cemburu terhadap rakan perniagaannya dan tidak senang dengan kesenangan dan kejayaan yang dimiliki oleh individu itu berkemungkinan untuk mengkhianati rakannya itu.
...sekadar renungan......

Sebenarnya bukan semua cemburu itu tidak baik. Ada cemburu yang baik dan terpuji malah disukai Allah. Nabi s.a.w. ada bersabda: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.” (Riwayat Abu Daud)

Cemburu yang tiada lagi asas untuk ragu dan sangsi inilah yang dikatakan cemburu buta. Sebaliknya cemburu yang baik itu ada asasnya dan disusuli dengan usul periksa. Justeru cemburu yang baik itu harus dipandu oleh akal, bukan dengan emosi semata-mata.


 

Kenape Aku Jadi Macm ni...

Askum n selamat pagi...pagi2 lagi dah hujan..lepas kena hujan, terus rasa tak sihat n rasa mcm nak demam pun ade..haizzz..Kena roti telur sekeping, kopi segelas, terus aku duduk di tepi tangga sambil menyedup asap yang membahayakan nyawa aku sendiri tu..aku dalam proses untuk berhenti daripada merokok...harap2 aku berjaya..Perasaan cemburu...adakah perasaan tu baik atau tak baik...aku yakin bahawa perasaan cemburu ni ada baik dan buruknye..haish..aku sayangkan dia..hanya tuhan saje yang tahu...aku sentiasa nak dia gembira, sihat dan tak runsing2 memikirkan masalah..tapi kadang2 aku tak leh menipu diri aku yang aku memang cemburu bila ada lelaki  yang cuba mendekati dia...aku tidak thu kenape perasaan itu wujud, tapi aku risau sgt kalau ade bnda yang buruk berlaku pada dirinya..ya allah ya tuhanku..engkau lindungi lah dia dari malapetakamu ya allah..amin..

Monday 2 May 2011

Lemaunyeee Nak Start Keje~~~

Ni la padahnye kalau cuti lama2..nak start balik keje dah mcm ayam berak kapur dah...haizzz..keje betimbun2 atas meja, tak tahu mana nak wat dulu..kalau la dapat power wizard ke, nenek kebayan ke, kan ke best..hehehehe..owh, becakap pasal nenek kebayan, ape la nenek kebayan ku sedang buat skunk ni kan..heheh.. dlaam sibuk2 ni, kadang2 wajahnya berlari2 di depan mata ku, bila ku kelip, rupanya itu adalah angin rindu yang menerjah..Asam garam kehidupan, ada kalanye hari benar2 cerah dan bersinar2, kadangkala langit hitam bak sangka kala yang datang, kadang2, ia mendung bagai menyimpan gempita, tetapi ia berlalu menggantikan langit biru yang terbentang luas..haiz...mengeluh lagi..itu je la yang aku tau kebelakangan ini..dah nak dekat lunch time ni, tapi keje tak abeh2 lagi, nak makan ape eh hari ni? tapi mcm tak lapar, tapi kalau tak makan takut lapar lak tengah2 hari kang..hm aku tapau mee goreng atau bihun goreng je la..

1 mei hari tu, sorang lagi kawan baik aku dah betunang, haikal namanye, dalam banyak2 member2, Haikal ni la paling respek, dengan kematangan dia, bak kata org leh jadi leader la..tapi tak dapat pegi majlis pertunangan dia sebb masa tu aku ngan boy balik kampung, hmm, to Haikal, kitaorg semua doakan ko bahagia sampai anak cucu..to fatihah @ tihah, ko jaga haikal elok2.hehehe..antara banyak2 couple masa kat diploma dulu, Diorg ni la antara salah satu couple yang berjaya sehingga ke jinjang pertunangan...Congrats bro..

to my little sakura, thanks sbb letak gambar naruto kat belah kiri, hehehe, leh tak letak gadjet gambar sakura lak kat belah kanan? atas ke bawah ke? hehehe...sesekali aku jeling kat printer sebelah ni...kosong jew arini..dia bz sket, tapi takpe..aku tetap akan menunggu.... :)

I,m Back!!!!

Huahuauahuahuahua..assalamualaikum n selamat pagi kepada semua isi bumi ini!!!! Setelah 3 hari aku balik ke kampung kediamanku, kini aku kembali berkhidmat untuk menyumbang sedikit sebanyak ekonomi negara ini..huahuahuahua..banyak benda rasanye nak cerita ni..tapi mana yang melintas di fikiran aku, itulah yang akan aku madahkan di sini..Lepas gak rindu aku kat mama n abah tersayang, senyuman and kegembiraan diorglah yang menjdi pengubat jiwa yang lara ini..diorg tak penah harapkan ape2 dari anak lelaki tunggal diorg sorang ni, cuma kesihatan, dah kegembiraan yang tak dpat dibeli ngan duit itulah yang dicari...~~ Dikala aku menongkah arus di atas lebuhraya utara selatan yang dibina sekitar tahun 80 an itu, tiba2 hujan renyai turun tanpa amaran, terus ingatanku tertumpu pada seraut wajah yang berada di dompetku....senyuman nya, keayuan wajahnya, seakan2 mengerti suasana damai malam itu...

Sesampai aku di hentian Sg perak, Aku terus mengambil selekoh untuk ke hentian kerana boy kata dia nak cucuk duit, lagipun aku pun dh lenguh2 drive dari tapah..so aku turun dulu untuk mengendurkan segala urat2 yang tegang, di lapangan tempat letak kereta, beratus2 motosikal mini terparking di situ, mcm2 warna dan gelagat yang dapat disaksikna..hhehe, tiba2 tingat kat Awek aku yang pegi meninggalkan aku 3 minggu lepas..Aku harap dia sihat menempuh hari tuanya..owh WLX7742..

Tepat pukul 12.30, sampai gak aku kat rumah usang milik keluargaku...rupa2nya semua tak tidor lgi menunggu kepulangan putera Naruto ni balik..huahuahua..sampai je kat muka pintu, aku terus diserbu oleh Asyhraf, anak sedara kesayangnku itu..bukan aku yang diterpanya, tetapi mainnan yang aku belikan untuknya tu.cehhhh!!!!...Padan muka aku..huahuahua..setelah selesai makan minum and bersembang2, aku pun terus melabuhkan kepalaku di katil kesayanganku berserta kain bucuk aku  yang sudah 25 tahun menemani aku..hihihi..sebelum telelap mata aku ni, sempat lagi aku doakan tentang seseorg yang bermain2 di hati ini.. :)

Friday 29 April 2011

MASA DAH NAK SAMPEIIIII~~

Huahauahuahauaa...tak sabar tunggu lagi 15 minit ni...yay!!!! nak balik kampuanggggggggg....seronoknye harini...rasanya dah lama printer tu dak dok tepi ni..n skrang dia dah ade di tempat asalnye and ade la org tu dok atas tu...hehehehe..seronoknye hari ni..!!!!! wink wink wink..lalalalalalalalalala~~ lepas ni, hari selasa la plak leh update kan blog kesayanganku ni..hehehe..chillll ya semuaaaaaa!!!!!!

Kepada seseorang....jaga diri n take care selalu ye...jgn dok lompat2 sangat..hehehe, nanti sakit balik kaki tu...eiiii seronoknye..wink wink!!! take care selalu ye..jgn tak makan, nanti tk sihat n jangan dok pikir sgt..nanti serabut lagi ye..hehehehe..wink wink...bye bye..seee u on tuesdayyy my lovely blogggg!!!

Bila Ikan Pulang Ke Lubok!

Wkakaka, ape la tajuk aku pelik2 kan...tiba2 tingat masa zaman muda2 dulu..aku ni gile pemancing, lubuk mana ku tak redah, lautan mana aku tak terjah..semua nya kerana ingin berentang dengan sang ikan  yang tak penah2 jemu memakan umpan...aku ni pemancing yang agak tegar la..semua jenis teknik pancingan aku dah tahu..cuma teknik fly fishing je kureng sket sebb dia mcm tak berapa mencabar..so setakat seronok2 nak fly fishing kat kolam2 atau tasik2 leh la..Aku paling suke memancing kat laut, sbb, ikan laut tak banyak tulang, jadi senang untuk diproses..huahuahuahua.dulu masa aku dok kampung, setiap kali aku bawa balik hasil pancingan, mesti aku suruh mama aku bakarkan atau wat masak lemak tempoyak..perghhh sedap siottttttt...Dah ayie dah..back to real world..nape la aku lemau sangat nak KEJE niiiii...oh kampung, tak sabar nak jumpe engkau..malam  ni sampai2 terus aku nak pegi pot org melepak, kat situ la tempat melepaskan tension dikala hati ni gusar..ade org main gitar, sembang sembang benda yang kadang2 aku pun tak tau..keje banyak gile ni..abeh aku minggu depan ni...ahhhhh minggu depan, minggu depan punya cerita la..huahuahua

Oh cinta..dimanakah engkau..kadnagkala aku merasakan engkau dekat dihati ku...tetapi kadangkala..aku merasakan engkau terlalu jauh untuk dipandang dengan mata kasarku..walaupun dimana engkau berada...tetap akan ku tunggu..bak kata 'seseorang' Kalau hati kau milikku, akan ku tunggu...ceeee wahhhhh!!!

Thursday 28 April 2011

Hujan Yang Turun..

Pagi ni lambat aku pegi keje sbb langit mencurahkan isi perutnya...nak wat mcm mana..aku ni mat rempit je..hehee, takde bumbung takde aircond..wakakakka..Teka hari ni aku pakai baju ape..hari ni aku pakai baju melayu, nampak comel2 je..wakakakaa. yela, sape nak puji aku kalau bukan aku sendiri..huahuahuahua..perut lapar gile..jam dah menunjukkan pukul 12.00, lagi 15 minit aku dah leh chow...yayyy!!!! bz betul pagi ni, hari jumaat jugak la yang diorg nak wat insurance kerja2 diorg..tapi dalam hati ni tak sabar nak balik kampung dah..hehehe..petang ni tepat pukul 5.30, aku akna terus balik kampung, maleh ot hari ni...nak makan sket je, sbb blik umah nanti aku nak bedal cukup2..hehehe

Hujan dah reda...menghapuskan semua kotoran2 di udara..membersihankan sampah sarap dilantai..amin ya allah..terimah kasih atas rahmat mu di pagi jumaat ini..

Laparnye~~~ =.='

Helloo..alhamdulillah, abeh gak kerja pada hari ni...lapa gila perut aku ni...arghhhhh...mainan kat ashraf dh ade, kat mama tersayang nak beli ape eh? tudung ke telekong? elok beli telekong je, hehehe..leh sealalu doakan anak laki sorang ni..Hm...tanya sama hati, ape sebb sayang..tapi hati aku ni tak penah nak cakap elok2 ngan aku..wakakakaa...tapi hari ni aku tengok dia happy je pagi tadi, ok la tu, at least aku leh tumpang kegembiraan dia...haish..bila terpikirkan dia..terus terus aku mengeluh...terlalu banyak untuk diperkatakan...

Malam ni nak makan ngan En. BOy kat ani sup utara..nak try makan sup la plak..kalau tiap2 hari dok makan nasi ye, maunye tak tembun aku ni...haihs, dia la satu2 nye kawan baik aku..bulan jun ni, dia dah jadi milik org a.k.a. akan menamatkan zaman bujangnye..pada siapa lagi aku nak luahkan segalanya...ape2 pun boy, aku harap ko sentiasa bahagia di smping bakal isteri ko..sedar tak sedar, dah 6 tahun kita berkawan n dok sekali..n hanya engkau sahaja yang memahami perasaan budak montel ni.. :) ..Thanks kerana menjadi sahabat baik aku selama ini..kalau ko baca ni pun, mungkin aku dah 'tiada' kat dunia ni lagi atau mungkin kita dah tua... :) Thanks bro, n halalkan makan n minum aku selama ini..

Ok la..maghrib pun dah masuk...Ya Allah, ko berikan lah hidayahmu pada insan ciptaan mu ini ya allah..

Day without melodies...

Blurppppp~~~ hari ni kena mee udang..perghhhh sedap gile...tak kenyang tak lapar..ok la tu...harga pun bleh tahan..hm..hari ni aku buka mudah.com, aku terjumpe sebuah kereta yang agak aku minaat la..kete biasa je, ye la, kena cari kereta yang kena dengan kemampuan aku la..taknak la sampai biar papa asal bergaya..kalau loan aku lepas, yayyyY!!! raya tahun ni begaya la sket..hehehhe...

Matahari mencurah2kan cahaya nya tanpa henti hari ni..rasa mengantuk je bila disimbahi dengan aircond di atas pale ni...haiz..malam ni dah nak kena packing baju2..rasa tak sabar menunggu bulan dan bintang memunculkan dirinya,mamaaaaaaaaaaaaa tunggu adik balikkk yeeee!!!!! bila dah rasa maleh2 + lemau mcm ni, mula la jari jemari ni gila nk main game..game Ragnarok Online..tu la game kegemaranku selama ini..hiihihi..Dalam kebizian yang melampau ni, kadang2 angin rindu menjengah lalu muncul la seraut wajahnya di hadapan komputer ku ini.. dengan tersenyum hatiku berkata " Aku harap sakitnya dah ok n ceria2 selalu, sbb senyumaannya bisa menggamamkan harimau yang sedang marah".

Hari ni dah 28/04/2011, dah genap 3 bulan aku berkhidmat di PNSB Insurance Broker ni..thanks Puan Hanim kerana banyak membantu aku selama ni..

Wednesday 27 April 2011

Bzzz nyeeee aku!!!

Banyak plak keje hari ni...banyak kerja pun sebb aku yang tangguh2..hmm tapi ok gak..kalau takde keje nanti, mula la paleotak aku ni pikir benda2 karat..Esok aku balik kampung...YayYYY!!!!!! dah lama sangat rasanya aku tak balik kampung, tak pasal2, jadi batu gak aku ni kang..huahuahuahua..really miss my hometown..asyhraff, asyhraff tunggu pak ngah balik eh, kete kontrol yang asyhraff pesan tu dah ade..hehehe.fuhhh~~ Ayam merah, kerabu perut lembu, masak lemak pucuk paku, ulam petai, sambal tumis udang petai..perggggghhhhhhh...Lengggonggggggggggggggggggggggggggggg tunggguuu akuuuuuU!!!!!

Duduk bangun duduk bangun dah kul 12 jam di dinding, cepat betul rasanya hari ini berlalu..kontraktor plak berpusu2 datang nak buat insurance kerja..haish..wahai government, bila ko nak panggil aku keje ni..harap2 la rezeki aku ada kat Jabatan Pendaftaran Negara tuh..Gurrppp gurppp, amboi perut aku ni, smpat lagi berdondang sayang di dalam..nak makan pe eh hari ni? hmm

Pagi Yang Indah~

Fuhhh...semalam aku mimpi aku jadi askar daaa..wakkakaka..yang bestnya tengah sedap berperang, tiba2 bos aku call suruh balik opis untuk meeting..ape punya mimpi la..tapi best gak tembak menembak ni..Tido tak baca bismillah itu la jadinya, takpun mungkin sebb penat sangat semalam 'overhaul' teratak kediamanku bersama rakan2..1st time tengok Mr. Ferd rajin gile semalam..kui kui kui..boy mcm biasa la, sentiasa dengan kemachoan dia semasa membuat kerja, buyong plak dah mcm neng menyapu sampah..huahuahuahua..tapi ok la, semua nak mulakan hidup baru...hidup yang belum tentu penyudahnya..hidup yang penuh dengan persoalan tanpa jawapan..write your future la kata nike..

Pagi2 tadi sampai office, kunci plak takde, tiba2 aku disapa oleh Mr. Hasnor, 'bro, jom minum dulu, kunci takde lagi ni..pekena teh tarik best gak ni..'..orite jom!..sape mR Hasnor,Mr hasnor ni la jiran aku yang kepala gile2 sket.huahuahua..kadnag2 kalau dia mc atau al, boring gak aku takde org yang menggila..Sesmpai2 aku kat office, aku dah ubah printer sebelah aku ni..sebab setiap kali aku tnegok printer tu, mcm ade insan yang sedang duduk diatas tu memerhatikan aku buat kerja.. :)... walau sekejap ia terukir, ia tetap indah terpahat di hati ini..

RISAU LEE!!!

Penyakit dia datang balik ke? AKu risau gile kot..tapi.kenape aku risau...hadoiyai...kalau aku disisi dia sekarang ni...tentu aku akan jaga dia dengan sepenuh hatiku..dulu dia sentiasa ada di atas printer sebelah aku ni..tapi sekarang..hanya kenangan yang mampu mengingatkan aku kepada dia..Ya allah ya tuhanku, Engkau pulihkanlah penyakitnya ya allah, walaupun aku sebagai galang gantinya ya Allah..fuhhhh~~..kalau dia iznkan aku bercakap dengannya, susah tentu aku akan bahagiakannya, gelak tawanya mungkin dapat membantu..tetapi siapalah aku..Betul kata org tua2, cinta tak boleh dipaksa, tetapi ia datang dari hati yang ikhlas..tetapi selagi aku adalah UZUMAKI NARUTO!!! Akan aku sayangi dirinya sehingga ajal menanti tiba..

Mata aku dah tak daya nak buka, keje banyak lagi..Mesti En. Jamal bising ni kalau aku tak hantarkan kerja2 tu kat dia..haisz..harap2 la esok aku sempat siapkan..entah jadi malas plak hari ni lepas kena ikan keli bakar tu..pale otak ni pulak asyik memikirkan keadaan sidia, harap2 sakitnya tu dah redha sikit..sekurang2nya, dia boleh jalani hidup dengan aman dan gembira..hm..rasa sedang elok la kalau aku balik dulu..semoga hari esok bermula dengan senyuman yang terindah..See Ya!!

Kenape!!!! Kenapa ia berlaku lagi!!!

Aku kecewa lagi...speechless..hanya jari2 jemari bulat ku ni je leh bercakap buat masa ini..nak sedih atau gembira atau buat tak tahu atau ape? org gila la aku kalau tak sedih..tapi kenapa setiap kali ia berlaku mcm ni..kenape setiap kali lepas aku tersenyum, pasti aku akan menangis kembali...Atau aku tak perlu gembira lagi!!..besarnye dugaan aku kali ini..adakah aku tidak boleh menyintai wanita? haishhh..terjiwang la plak.. :(

bila tengok cermin, rasa nak tegelak je..mengemis cinta dari seseorg yang tak mungkin..tapi ape perlu aku buat untuk menghilangkan diri di cermin diri aku sendiri? aku memang sayangkan nya, adakah sayangku itu adalah dusta? Adakah kasih sayang itu boleh dijual di tepi2 jalan?  Tapi yang pastinya..naruto akan terus mengejar sakura walau ape pun bayarannya... P e a c e N o W a r

Tuesday 26 April 2011

Karaoke!

Wahai diariku...(hehehe, tiru2 sket org tu punya blog )hehehe

Semalam tepat jam 8.30, perginya kami berempat ke Musix Box Hotel kuality..nak test suara la katakan, juga melepaskan segala tekanan yang terbuku di hati...aku cari2 lagu korea kot2 ade alih bahasa melayu, tapi takdo da...tapi lagu Karam n Usang juga yang menjadi pilihan hati..mungkin kerana lagu itu terlalu indah untuk dilagukan oleh aku..wakakakaka..eh, kapas gak aku ni rupanya..hehehe..di saat ini, waktu ini, mcm nak jerit jerittt je nama dia..

Helaian daunan yang gugur dari pohon,
Mengingatkan aku saat dikau berlalu,
Sesepi langkahku begitulah hatiku,
Terasing Sendiri Meniti Hari,

Memori yang usang bagai barah merah,
Ku rasakan hanya dahan yang membakar,
Memori yang usang mengekori langkah,
Diusir dibuang namun tak terpadam..

Kepada seseorang, u are always in my heart..

Pabila Malam Berganti Siang~

FuhhhHH!!! assalamualaikum... Rabak betul hari ni...tapi semalam aku happy gilerr!!! huahuahua, rasa ini dunia ana yang punya laaa.. Rasa mcm aku dberi peluang kedua..rasa mcm aku diberi peluang untuk memperbetulkan segala salah silap sebelum ini, tetapi bila pagi menjelma...entah kenape aku diselubungi kembali perasaan yang mcm pernah aku rasa sebelum ini...apakah maksudnye itu? haish..susah betul aku nak luahkan dengan kata2..tetapi bagus gak ade blog ni, sedikit sebanyak boleh juga merungkai kan ape yang berserabut, melepaskan ape yang ingin diluahkan...

Tetapi setiap kali aku dengar helai tawa nya, ketawanya, hatiku berasa tenang setenang nya, aku rasa bahagia sgt2..adakah itu tandanya cinta? adakah itu tandanya bahawa aku perlu mengejarnya sehingga ke hujung dunia? yesss itu la yang akan aku lakukan..bak kata Naruto, selagi Sakura tak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan berusaha untuk mendapatkannya..Bercerita tentang Naruto dan sakura, aku rasa mcm ade persamaan antara aku ngan naruto n si dia dengan sakura..yang dikejar mengejar..

Kita tidak akan merasa nikmat gembira sekiranya kita tidak pernah merasa sakit..Adios!!

Thingking About Her~~

Hm....nak diluahkan mati mak, nak ditelah mati bapak, org kata kemam la kalu mcm tu..tapi kalau nak kemam pun , takut berdarah plak lelangit aku ni..hmm...Masalah cinta~~ Lelaki mana yang tak penah ada masalah cinta, baik jgn jadi lelaki, kata org, kalau takut dilambong ombak, jgn berumah ditepi pantai, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jgn diduga..haihshhhh..mengeluh lagi..mengeluh mengeluh n mengeluh..itu je yang jadi teman seperjuangan aku yang tak seberapa ni..^^ 

Entah la ape istimewanya insan tersebut, tetapi yang pastinya, kepala otak aku ni tak leh lari dari memikirkannya, tambahan lagi, setelah aku tahu dia ade penyakit misteri, lagi membuak2 semangat aku untuk mendapatkannya, tiada niat lain selain untuk menjaganya selagi masih sempat. :( ...Ye...aku akan cube, aku akan cube sampai mata aku ni tertutup...selagi dia bukan hak milik org lain, selagi itu la aku masih ade peluang walaupun sebesar zarah...hurmmm...Siapa dia? Persoalan tu akan ku jawab setelah selesai segala pertarungan tanpa senjata ini.. Peace !!

'Awek' Aku Dah Mati? Hilang?

Fuhhh....terasa shahdu giler bila mengenangkan 'awek' aku a.k.a. motor bila ia telah pergi meninggalkan aku tanpa berita..

Bangun pagi, ambil tuala, mandi, gosok gigi, pakai baju n terus bersemangat menuju ke bawa tangga tempat aku parking cangkerang aku tu..Sesampai kat tangga..berkata aku di dalam hati " eh,kenape kesan tayar je tinggal ni, mana motor aku, oh..kat depan kot..tapi bila masa aku parking depan..' tinjau punya tinjau, cari punya cari, SAH!!! motor aku dah kena rembat!!!

.haish...entah mamat mana la yang rembat motor tu, yang peliknye, belambak2 motor kat situ yang mahal + power2 untuk racing, tapi cengkerang tu juga la yang diorang nak..ye, bagi sesetengah org, mungkin diorg akan berkata " motor je kot, bukan kete kebal ke, kepala kapal terbang ke, ape ke "..tapi bagi aku, ia bukan setakat motosikal, bukan setakat medium untuk memudahkan manusia, tetapi ia lebih dari itu..itu lah jentera kesayangan aku selama ini...ke utara, selatan, barat, timur laut, barat daya, semua tempat aku dah jejaki dengan motor buruk aku tu..tetapi sekarang, ia telah pergi membawa seribu kenangan...


R.I.P. - WLX 7742

1st Date...

Haish....susah betul nak keluarkan post pertama ni,hmmm~~ tapi ok lah..banyak yang perlu belajar...

Eh..terlupa nak bagi salam..Assalamualakum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang berkenaan..hmm..banyak yang nak cerita ni, dari 22.03.2011 - 25.05.2011...pejam celik pejam celik dah 25 umur aku skunk ni...kawan2 semua dah ada plan hidup masing-masing...makin hari, makin rasa kehilangan...kadangkala terfikir gak, sama ada aku yang lambat 'plan' ke atau org lain yang tercepat 'plan'..hmmm.. See ya~~