Search This Blog

Tuesday 3 May 2011

Kebaikan & Keburukan Cemburu...~~

Advantages!
Menggalakkan seseorang individu utk berfikiran POSITIF.
- Dengan adanya sikap cemburu, maka kita akan lebih berfikiran positif. Kita akan mula menganalisis segala kelemahan & kekuatan diri utk berjaya spt org lain. 
Dapat menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang.
- Dengan adanya perasaan cemburu dalam diri seseorang maka ia akan dapat menunjukkan rasa kasih sayang  individu terbabit. Contohnya dalam sesebuah perhubungan yang tidak berlandaskan apa-apa, perasaan cemburu yang hadir dalam diri individu itu, akan menyedarkannya tentang rasa hati yang sebenar. 

Dapat memelihara kerukunan sesebuah perhubungan.
- Cemburu juga penting dalam sesebuah perhubungan. Contohnya dalam sesebuah hubungan perkahwinan yang mana cemburu itu perlu dimiliki oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga demi menjamin keharmonian rumahtangga. Hal ini kerana keharmonian merupakan suatu anugerah yang tidak boleh dinilai dengan harga.Jadi dengan adanya cemburu dalam kita hidup berumahtangga nih secara tak langsung ia dapat memelihara kerukunan rumahtangga daripada sebarang cacat cela.
Disadvantages!

Merosakkan sesebuah perhubungan yang sedia terbina.
- Cemburu yg melampau vs cemburu buta boleh menjejaskan sesebuah perhubungan. Contohnya dalam rumahtangga, sekiranya si isteri atau suami memiliki sifat cemburu yang terlampau ini, maka secara tak langsung ia akan menjejaskan hubungan perkahwinan mereka, sehingga menyebabkan perang dingin dlm rumah tangga, perceraian etc. Perkahwinan sekali seumur hidup kan, takde siapa yang nak ia berlaku berkali-kali dalam hidup. Andai ikatan itu terputus, disebabkan cemburu buta kita jugak yang merana.

Sahabat syaitan. 
- Seseorang yang terlalu cemburu, merupakan individu yang disukai oleh syaitan. Sebab apa? Sebabnya apabila dia terlampau cemburu, dia tidak boleh berfikir dengan baik dan waras. Ketika ini mereka lebih senang bersahabat dengan syaitan, yang mana mereka mudah dihasut oleh oleh syaitan dan mudah terdorong melakukan sesuatu yang tak masuk akal.Contohnya dalam perniagaan, seseorang yang kuat cemburu terhadap rakan perniagaannya dan tidak senang dengan kesenangan dan kejayaan yang dimiliki oleh individu itu berkemungkinan untuk mengkhianati rakannya itu.
...sekadar renungan......

Sebenarnya bukan semua cemburu itu tidak baik. Ada cemburu yang baik dan terpuji malah disukai Allah. Nabi s.a.w. ada bersabda: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.” (Riwayat Abu Daud)

Cemburu yang tiada lagi asas untuk ragu dan sangsi inilah yang dikatakan cemburu buta. Sebaliknya cemburu yang baik itu ada asasnya dan disusuli dengan usul periksa. Justeru cemburu yang baik itu harus dipandu oleh akal, bukan dengan emosi semata-mata.


 

No comments:

Post a Comment