Search This Blog

Monday 2 May 2011

I,m Back!!!!

Huahuauahuahuahua..assalamualaikum n selamat pagi kepada semua isi bumi ini!!!! Setelah 3 hari aku balik ke kampung kediamanku, kini aku kembali berkhidmat untuk menyumbang sedikit sebanyak ekonomi negara ini..huahuahuahua..banyak benda rasanye nak cerita ni..tapi mana yang melintas di fikiran aku, itulah yang akan aku madahkan di sini..Lepas gak rindu aku kat mama n abah tersayang, senyuman and kegembiraan diorglah yang menjdi pengubat jiwa yang lara ini..diorg tak penah harapkan ape2 dari anak lelaki tunggal diorg sorang ni, cuma kesihatan, dah kegembiraan yang tak dpat dibeli ngan duit itulah yang dicari...~~ Dikala aku menongkah arus di atas lebuhraya utara selatan yang dibina sekitar tahun 80 an itu, tiba2 hujan renyai turun tanpa amaran, terus ingatanku tertumpu pada seraut wajah yang berada di dompetku....senyuman nya, keayuan wajahnya, seakan2 mengerti suasana damai malam itu...

Sesampai aku di hentian Sg perak, Aku terus mengambil selekoh untuk ke hentian kerana boy kata dia nak cucuk duit, lagipun aku pun dh lenguh2 drive dari tapah..so aku turun dulu untuk mengendurkan segala urat2 yang tegang, di lapangan tempat letak kereta, beratus2 motosikal mini terparking di situ, mcm2 warna dan gelagat yang dapat disaksikna..hhehe, tiba2 tingat kat Awek aku yang pegi meninggalkan aku 3 minggu lepas..Aku harap dia sihat menempuh hari tuanya..owh WLX7742..

Tepat pukul 12.30, sampai gak aku kat rumah usang milik keluargaku...rupa2nya semua tak tidor lgi menunggu kepulangan putera Naruto ni balik..huahuahua..sampai je kat muka pintu, aku terus diserbu oleh Asyhraf, anak sedara kesayangnku itu..bukan aku yang diterpanya, tetapi mainnan yang aku belikan untuknya tu.cehhhh!!!!...Padan muka aku..huahuahua..setelah selesai makan minum and bersembang2, aku pun terus melabuhkan kepalaku di katil kesayanganku berserta kain bucuk aku  yang sudah 25 tahun menemani aku..hihihi..sebelum telelap mata aku ni, sempat lagi aku doakan tentang seseorg yang bermain2 di hati ini.. :)

No comments:

Post a Comment